Permudahkanlah bagiku

 
Sunyi
satu perasaan yang aneh
satu perasaan yang menekan rasanya
satu perasaan yang ku rasakan mahu menangis
mengapa rasa ini hadir
persoalan yang masih aku mencari jawapannya

rasa mahu keluar dari sini
mencari kedamaian alam
yang tidak mampu diberikan sesiapa
kerana hati aku ada dalamnya

rasa mahu mendengar bunyi ombak 
rasa mahu mendengar bunyi burung 
rasa mahu melihat laut
rasa mahu melihat tasik

aku benar-benar merindui 
kejadianMU ya Allah
kerana di sana ketenanganku
yang kau berika pada aku
dan tidak mungkin siapa tahu

aku mahu berada disana
kerna setiap saat kesedihanku aku di sana
aku mahu pulang
untuk temui teman alamku
yang hanya Engkau yang tahu

Tenangkanlah diriku
sabarkanlah hatiku
berikanlah semangat buatku
agar ku mampu harungi semua cubaanMU

sungguh aku sudah tidak mampu
melayani hati dan perasaanku
kerana aku benar-benar sudah tidak mampu
untuk melalui hari-hari seperti dulu

buangkanlah semua rasa itu
dalam diriku yang sentiasa pilu
agar aku terus mampu
membawa insan-insan yang memerlukan aku

ya Rabb
aku selimpuh tunduk pada kuasaMU
berikanlah aku petunjuk
agar semuanya menjadi mudah buatku
jangan biarkan hati aku terguris berlagu
dengan situasi yang akan aku lalu....

2 comments:

khir said...

Kalau kau tahu begitu
bina segera sirat yang kukuh
daripada batuan gunung iman
yang dulu dihadiahkan ayah
saat azan paling syahdu
meraikan hari lahirmu

si_mone said...

terima kasih teman...
aku mula berusaha untuk menjadikan hidupku penuh dgn keberkatan dan keredhoaan...:)