Sepi Sekeping Hati

Terasa sepi
sepi bagai terasa kehilangan
sangat sunyi 
sunyi yang mampu membunuh setiap rasa 
di hati serta jiwa yang sunyi membisu
dari sejuta warna dulu

mengapa begitu sepi dan sunyi
mana perginya kekuatan diri
bagaikan ia hilang dibawa lari

sakitnya semua rasa ini
yang membiakkan mutiara jernih suci mengalir lagi
aku bagaikan sudah tidak mampu menyekat aliran sendu sepi ini
kerna bagaikan rasa sudah lama ia tertahan buat seketika waktu dulu

Alam...
aku rindu akan ketenanganmu
ketenangan yang mungkin tidak mampu dirasai oleh manusia lain
sungguh aku mahu....
mahu kembali kepada kamu seperti dulu
setiap masa aku mampu mengelamun di situ
melepaskan sejuta rasa yang tiada tafsiran bicara
yang tiada menyusahkan sesiapa

aku rindu
yang teramat merinduimu.....

Andai aku diberi peluang berbicara
aku mahu bertanya mengapa takdir ku begitu
mengapa aku sendiri apabila ku dalam sendu
kemana hilangnya mereka yang ku beri kekuatan dan semangat ku....
kemana mereka....
kemana mereka pergi.....
mahu aku tujui setiap butir bicara peluru
namun sungguh,
sungguh aku tidak mampu

Hati....
bertahanlah sayang
bertahanlah demi kebahagiaanku
bertahanlah demi kebahagiaanmu
jangan engkau selalu ungkitkan kisah-kisah lalu
yang mampu buatkan kita menjadi percahan satu persatu

Dalam hidup ini, akan diberi dugaan yang kadang-kalanya berkaitan dengan kisah-kisah lalu.
apabila ia hadir dalam menguji kekuatan dan keimananmu, kuatlah....
kerana setiap langkah dan pemikiranmu di situ akan mengubah kesedihan menjadi kebahagiaan satu persatu....

2 comments:

Unknown said...

Saya suka posting yang ada dalam blog ini. Sukses ya buat blognya
sedikit mau share aja
Klik iklan di Dibayar Dollar

Unknown said...
This comment has been removed by the author.