Teman,
aku mengenalimu dalam masa yang singkat
kehadiranmu memberi aku sinar dan semangat
walaupun aku tahu
itu cuma bayangan serta anganku sendiri
aku tidak kisah
dan aku percaya
hadirmu akan ku akhiri dengan rasa kesedihan
yang akan ku tanggung seorang diri
engkau memberi aku kekuatan dan harapan
tanpa kau sedar dan kau ketahui
namun aku terima semuanya
kerna aku mahu dirimu disisi
dalam setiap ruang dan sudut
agar aku tidak kembali sunyi dan sepi
bagai hilang keimanan di hati
teman
kini kau bersedih
membuatkan dirku juga turut merasainya
bangunlah
kesat air mata dan tanam tekad didada
jangan kau lemah kerana takdir ketentuan kasihmu
mungkin itu adalah takdir yang terbaik buatmu
aku tahu engkau juga tahu
namun,
bangunlah melangkah
teruskan langkahmu
sehingga ke garisan penamat
jodoh dan cinta adalah rahsia Allah
janganlah berduka
andai sekarang ianya hilang
dari menguasai jiwamu yang sekarang
luahkanlah
dan tangiskanlah
kerana aku tahu engkau masih menanggungnya
rasa yang menyiksa dirimu setiap masa...
teman
janji Allah itu benar
jangan kau berduka dan menyambung lara
fikirkanlah itu kesudahannya
mungkin engkau akan terus bahagia
atas takdir yang Maha Esa
selepas sekian lama engkau menanggung duka
dengan rasanya kecewa...
dengan rasanya kecewa...
5 comments:
beruntung temanmu..=)
:)
terima kasih al_hakim :)
sekali ku kawan, dia adalah saudara dan saudariku duni akhirat ...:)
sidatul akma.. :)
tersentuh hati buat kali ke-2 :(
apabila mengenai sahabat...rasa kecewanya menjadi rasa kecewa kita juga lkan.. :)
Post a Comment