Bantulah Aku


Dalam diri tersimpan sejuta rahsia hati
tiada siapa mampu ketahui melainkan hanya Engkau,Ya Rabbi...

Ya Rabbi,
buangkanlah semua ini dari khayalanku
agar aku mampu melihat akan kehidupan yang nyata
tidak dalam bayangan yang menderita sentiasa.

Ya Allah,
Tanamkan rasa cintaku terhadapMu
Lembutkan hati dan jiwaku
agar mampu merintih kerana takut kehilangan
cinta dan perhatian dariMu
Berilah aku perlindungan dan redhoMu
dalam setiap apa yang aku mahu...

Ya Allah,
Lindungi dia bagi pihakku
sayangi dia untukku
rohmati kehidupannya dunia akhirat
kurniakan dia seseorang yang jauh sempurna
agar dia tidak akan pernah rasa kekurangan apa pun
dalam kehidupannya.

Ya Allah...
sabarkan dia dalam menempuh dugaan dan takdirMu
Kuatkan dia untuk melalui setiap halangan yang berlitar yang diciptakan oleh Mu
jauhkan dia dari rasa sedih yang menghiris jiwa sanubari membisu
sesungguhnya hanya Engkau yang mampu mengubah segala takdir
dan suratan hikayat perjalanan manusia yang sememangnya berliku...

2 comments:

khir said...

amiiiiiinnnnnnnnnnnnn....

si_mone said...

Aamiinn.....