Tidur Lena


(Gambar Hiasan)

Tidurlah sayang dengan tenang
mimpikanlah sesuatu yang kau idam
moga tercipta kebahagiaan
selepas kau bangun dari kegelapan

Aku suka entah kenapa
mungkin kerana ku lihat ada sinarNya
walau tidak sehebat insan berlainan
namun kau ada apa yang ku harapkan

Tidurlah sayang lupakan kekecewaan
sabarlah jiwa moga kau mampu teruskan
hidup ini dugaan buat insan yang bersabar
seperti kita yang sentiasa dikecewakan

Tidurlah sayang lupakan perebutan
aku di sini sentiasa dengan harapan
agar ada sesuatu keajaiban
walau sememangnya ia cuma angan-angan....


Hati terasa sayang, namun beku untuk diucapkan.
Bukan apa-apa yang hati fikirkan, cuma risau adakah suka atau hanya bermain dengan perasaan.

4 comments:

khir said...

kalau kamu mahu makan
katakan sahaja aku mahu makan
kalau kamu mahu tidur
katakan sahaja kamu mahu tidur
kalau kau mahu berak
katakan sahaja kamu mahu berak
kalau kamu mahu balik
katakan sahaja kamu mahu balik
kalau kamu mahu menyanyi
terus sahaja menyanyi
kalau kamu mahu ketawa
terus sahaja ketawa
kalau kamu mahu marah
terus sahaja marah

kamu tidak akan rugi apa
atau kamu lebih suka menjadi petani, bersama anak dan keldainya
menjaga hati manusia
akhirnya mati oleh kata-kata manusia!

Akhir kalam
kalau kamu suka dia
hmm...good luck

si_mone said...

Tapi rasa takut
sebab antara keduanya jauh berbeza cikgu...bagaikan langit dan bumi cikgu....

jika saya katakan takut persahabatan itu akan hilang... :(

khir said...

namaku langit
aku tinggi bersama awan
temanku matahari dan bulan
ya memang kamu bumi
rendah di sana

mana kau tahu resah hatiku
ingin bersama kamu!

jangan sedih...you're not as inferior as you think you are ,or you are not as superior as you hopes to be...allah kan adil!

si_mone said...

:) thanks cikgu...

tapi rasa belum bersedia utk memberi tahu,..

cikgu..cikgu..tak apa kan kalau kita hanya simpan rasa tu seorang diri tanpa sesiapa pun tahu ? hanya berdoa dan berserah....