Sakit


Terasa sejuk badan bila demam tiada juga kebah,
aku bertahan cuba untuk bangun lari dari keadaan sebegini
namun tiada aku mampu, saat aku bangun sakitnya terasa perit dari dalam badan.
macam mana nak hilangkan ya, terasa sejuk... terasa panas...
dada terasa sakit, tekak terasa pedih.

Hari ini, dah berapa kali aku bangun untuk sejukkan badan
bermain air bagaikan tidak mahu aku keluar dari situ
fikiran bagai tidak stabil apabila aku melihat dia kembali,
aku sudah tekad, namun kenapa degil sangat diri ini nak menoleh kembali !
sungguh garam aku rasa dengan diri sendiri.

JIka macam ini lah,
entah bila sakit ini mahu sembuh...

buta hati buta mata engkau
engkau berlagak bagai engkau yang berjiwa
namun kau torehkan hati mereka
kerana sejarahmu yang pernah buatkan engkau kecewa


adilkah abadi !
engkau berikan mereka harapan
namun di belakang, kau mainkan mereka
demi kepuasan hati dan dirimu


terasa sedih, dan kecewa
engkau menghancurkan hati-hati mereka
dengan mudah kau mohon kemaafan
takut tulah memakan diri


kau kembali bahagia tanpa sebarang rasa
hebatnya engkau yang diciptakan sebagai lelaki
boleh memilih dan menolak sesuka hati
sambil memejamkan mata menulikan telinga.


Wanita selalu menjadi mangsa, mangsa kepada perasaan.
hatinya lembut yang terlalu mudah untuk dihiris
oleh itu lelaki.
jangan kau ketuk hatinya jika kau tidak mahu dia menjadi permaisuri hidupmu
jangan kau cuba-cuba untuk bermain dengannya,
takut dia bertukar menjadi pendendam
yang mungkin merubah hidupnya dengan hilang nilai kemanusiaan itu kerana diri kamu...

6 comments:

ejulz said...

smoga cepat sembuh.. :)

si_mone said...

terima kasih ejulz :))

khir said...

emo lagi...chet

si_mone said...

hmmm...geram la cikgu :(

khir said...

tak apa...itu tanda hati kamu masih hidup...bye selamat belajar jangan emo memanjang nanti masuk angin, nak belajar pun susah...hal ini menakutkan saya sebab anak saya akan ke UITM, belajar law tak lama lagi...takut dia emo juga nanti...hishhish

si_mone said...

hehehee...cikgu nie..jangan samakan anak cikgu dengan saya,

dia mesti hebat!

saya nie dah memang budak sastera, mungkin kerana tu, emo saja sentiasa...

apa-apa pun tahniah ya untuk anak cikgu ! ^______^