Sedarkan Dirmu Wahai Teman


Jangan mainkan hati wanita jika anda tidak berniat utk menjadi imamnya, kerana hatinya sangat halus dan terlalu mudah terusik :)

Teman, dunia ini adalah sementara
dan ianya putaran semata-mata buat diri kita,
jangan kau sangka itu semua akan terlepas dari diri engkau
kerana engkau lupa yang engkau punya ibu, kakak, adik, sahabat,isteri, dan anak perempuan kelak.
Jangan kau berikan mereka harapan jika engkau tidak berhasrat menunaikannya.
Kerana nanti, sakit jadinya.

Wahai kaum adam, jangan kau mainkan hati dan perasaan seseorang wanita yang kau kenal,
kerana hati dan perasaannya terlalu nipis untuk dinilaikan.
Hatinya mudah terpaut pada sesuatu yang mampu menjadikan hidupnya lengkap dan sempurna.
Pandangan wanita dan lelaki itu terlalu jauh bezanya adam :)

Allah s.w.t. ciptakan wanita dari tulang rusuk lelaki.
Tugasmu adam untuk menjadikannya baik atau sebaliknya.
Dengan tanggujawabmu itu, jangan pula kau ambil kesempatan
bagi memuaskan hati dan kehendakmu yang mungkin kerana syaitan.

Teman, dunia ini putaran yang berulang
sekejap engkau di atas dan sekejap lagi pula engkau akan dibawah.
Hentikanlah mainkan perasaan setiap insan,
jika mahukan kehidupanmu kelak dalam penuh keberkatan.

Aku katakan dan luahkan kata untuk kefahaman
kerana aku rasakan itu dan ini mengenai hati dan perasaan
tidak sesuai jika dipalitkan bersama rasa ketidakpuasan.

Duhai sahabat, Duhai teman...
Pejamkan matamu, bayangkan kepebalikan.
Jika kesakitan itu menjadi milik hatimu,
apakah kau rasa dan tidak terkilan.

Jika ya yang engkau rasakan
berpatahlah balik, betulkan niat dan teruskan
moga tidak engkau jadikannya sebagai tempat dan permulaan kehancuran....

2 comments:

khir said...

mai habaq sapa yang main-main emo mooone, biaq saya bagi penampaq.

yang manis jangan terus ditelan, yang pahit jangan terus dibuang!

si_mone said...

ada seorang hamba Allah...

kenapa manusia sering memberi harapan, namun dia tidak mahu sesuatu itu sampai akhirnya... kenapa mesti dijadikan insan lain sebagai tempat dia membuang masa sepinya....

namun saya cuba ambil baiknya... apa yang terjadi, buat saya sedar akan sifat manusia yg belum pernah saya temui sebelum ini cikgu...

syukur ! saya akan lebih berhati-hati terhadap manusia..