Kekasih Hatiku Dulu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Terima kasih ya Rabbi,
Engkau berikan aku peluang sekali lagi untuk merasai ketenangan dan kelapangan.
Selepas ujian yang kau berikan aku lepasi segalanya dengan selamat.
Tiada apa yang mampu aku katakan lagi selain rasa ingin berehat selepas segalanya berlalu.

Dalam aku merasai nikmat kelapanganMu,
kau hadirkan dia menceritakan kisah hatinya.

Sungguh...
aku terpaku mulanya
apa yang aku harapkan berlaku.

Namun itu bukan balasan yang aku mahu dia rasakan sakitnya...
sakit yang pernah dia berikan pada aku dulu,
aku hanya mahu dia berfikir...
fikir akan buruk baik akan setiap insan.

Sedih... Sayu...
Hanya itu yang aku rasakan.
Bila dia suarakan bisik hatinya yang selama ini dia simpan.

Ya Rabbi...
aku sayangkan seorang hambaMu ini,
bantulah dia menjaga hatinya,
jangan Kau biarkan dia terus begini tanpa seseorang yang dia mampu harap dan inginkan.

Berilah dia kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat.
Jangan Kau biarkan walau seorang pun menyakiti hati dia bersama keluarga.


Buat insan yang berkenaan, kuatkanlah hatimu sayang. Hidup ini adalah gelanggang perlawanan bagi setiap yang merasai akan kehidupan.Usahakanlah agar diri mu dan juga keluargamu bahagia tanpa kata dan pertunjuk insan.Berikanlah ruang untuk hati dan dirimu sendiri merasai apa itu nilai kebahagiaan...
Sayang...Jangan biar dirimu dalam kesedihan,bila aku tahu, aku juga turut merasai apa yang kau rasakan...

sayang,
aku percaya pada jodoh dan pertemuan.
Jika antara kita masih menyimpan perasaan,
suatu saat  nanti pasti dipertemukan...

Tapi hatiku sendiri tiada keyakinan
apakah mungkin ada ikatan
antara kita yang terlalu berbeza
dalam menilai setiap habuan.

Aku sayang namun tak mampu diluahkan
aku rasa perlu namun semuanya diputuskan
aku berharap namun hanya dalam angan yang penuh bayangan
aku memegang pada janji yang tidak akan pernah kau sangkakan...




2 comments:

khir said...

perbezaan darjat memang patut dielakkan kerana Islam mengajar kita mencari teman hidup yamg sekufu supaya mudah melayari bahtera rumah tanggga...tapi tidaklah sampai diharamkan...saya tahu kamu tentu ariff ciri-ciri teman hidup saranan islam...pilih yang tepat...satu lagi jangan nampak terhegeh-hegeh sangat...sikit2 boleh la

si_mone said...

ya..itu terbaik... insyaAllah...
baiklah cikgu. mungkin hanya di sini luahan saya tidak pd di luar sana... :)