Nukilan Hati

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Usia ku kini semakin meningkat meninggalkan usia remaja dan kini mula melangkah ke alam dewasa.
Ibu dan abah mungkin tersenyum bahagia, melihat si puteri tercinta terpelihara dari sebarang bahaya dan petaka.
Alhamdulillah, syukur atas kurniaan Tuhan yang berlimpah ruah. Memberikan aku rezeki yang tidak putus, dari semasa ke semasa. Sehingga kini, aku rasakan aku bernasib baik kerana aku juga bukan manusia yang terlepas dari melakukan dosa. Jika dipandang melalui dosa-dosa ku, sungguh aku rasakan aku tidak layak memiliki segala nikmat dan kurniaanNya.

Ya Allah, ucapku kini tiada lekang dengan namaMu. Hadirnya ujian dariMu memberi aku kesedaran yang membuatkan aku terfikir akan kehidupan. 
Terima Kasih ya Rabbi...
Segala apa yang hadir akan aku terima, aku tahu apa yang berlaku adalah kebaikan buat aku. Walau mulanya perik, sebaliknya aku tahu jalan keluarnya ada buat setiap dari ujian itu.

Aku menangis kerana kebuntuan,
Aku gelisah kerana tiada jalan penyelesaian...
Namun dalam sekelip mata Engkau hadirkan insan yang menunjuk aku jalan penyelesaian.
Syukur atas kurniaan Tuhan, yang tiada dapat aku bayangkan.

Ya Allah, lembutkanlah hatiku...
Tenangkanlah jiwaku,
Permudahkanlah segala macam cara buat diriku...

Buat insan yang pernah hadir dan membantu diri ini,
Kau berilah kejayaan dunia dan akhirat buat insan-insan itu,
berikanlah kebahagiaan dan kasih sayangMu buat mereka rasai,
Kau bantu dan permudahkanlah buat mereka jika hati dan diri mereka mengalami sesuatu kesedihan dan kekecewaan.

Aku tahu, diriku bukan insan sempurna seperti insan lain,
namun aku punya hati dan jiwa untuk mentafsir setiap gerak dan laku yang dilakukan...
Hati ini halus,
Bila-bila sahaja aku akan menangis.
Namun aku mohon yaAllah,
andai saat aku bersedih... 
jauhkanlah aku dari mereka agar tiada seorang dari mereka yang dapat mengesan esak hati ku lagi.
Aku mahu pergi dalam diam dan mahu melihat bahagia mereka dari kejauhan.

Ya Allah, 
Andai takdir hidup aku sampai di sini
aku redho, kerana aku tahu setiap dari mereka kini melangkah ke gerbang kebahagiaan....
hanya satu permintaan hati ku,
berilah kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat buat ibu Bapaku,
buat ahli keluarga, guru dan sahabat sejatiku,
teman dan kawan seperjuangan dalam dunia penuh berilmu
serta insan istimewa yang pernah ada di dalam hati dan  acap kali diucapkan di bibir ini...


2 comments:

khir said...

nukilan kamu semakin baik...tahniah

si_mone said...

jika benar.. alhamdulillah..terima kaish cikgu :)