Terasa Lama Menyepi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Terasa lama aku bertandang tanpa meninggalkan bekas dan kesan jejak.
Hari ke hari terasa bermacam rasa yang telah dilalui.
Pahitnya,
Manisnya,
Risaunya,
Sakitnya....
Semua sudah aku rasai walau tidak sehebat insan yang pernah melalui sebelum ini.

Minggu ini bermulalah peperangan hati dan juga akal buat aku
bersama insan-insan yang meniti hari seperti aku. sebagai seorang hamba yang diberikan kesempatan bagi mencari ilmu di gedung ilmiah.

Bermacam cara dan langkah yang cuba diatur. Mungkin kerana kerendahan diri yang dirasakan perlu diisi dengan segala macam pekara untuk meyakinkan diri sendiri layak bersama insan-insan hebat dan istimewa lain.

Aku melihat mereka berusaha, Moga kejayaan itu ada untuk insan-insan yang berusaha. Meraka bersungguh-sungguh walau letih dan duka berantai di jiwa.

Terlihat juga aku pada insan yang kehilangan cinta. Kasihan namun itu adalah hakikat kehidupan. Kita boleh meneka dan melatah, namun yang terasa hanya insan yang melaluinya. Kita boleh berkata, kita boleh menjerkah, namun hakikatnya, semuanya sudah tiada mampu dibicara.

Seseorang insan yang pernah terluka ditinggalkan kekasih hatinya, bersabarlah. janji Allah itu benar dan sahih belaka. Engkau terluka sekarang, biarkanlah walau sememangnya itu kerana mereka. Tabahkanlah hatimu teman, percayalah esok dihadapan sana, engkau akan merasai kebahagiaan yang tidak pernah kau rasakan dan terdahulu segalanya dari sebelumnya.

Diri sendiri juga tidak kurang tekanan yang dirasa. Cuma satu moga apa yang aku laksanakan itu adalah tepat dan benar belaka. Semoga segalanya adalah kebaikan buat jiwa yang sedang cuba melangkah pergi dari tempias jiwa derita...

4 comments:

Aya Zuki - Master Shaklee | Consultant Quantum Metal said...

:')

si_mone said...

inilah kehidupan kan sayang... :)

Ayazuki mesti kuat utk juga taw jika satu saat nanti terasa diri bagai tidak mampu melangkah gagah.. :)

Aya Zuki - Master Shaklee | Consultant Quantum Metal said...

terima kasih..kamu juga :)

si_mone said...

sama-sama kasih sayang :)