Batu Pahat, Johor

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Esok hidup aku mungkin berubah
entah apa yang akan aku lalui dan rasai
berhari-hari aku memikirkan
namun tiada dapat aku pastikan

Rasa ini semakin mencuri hati ini
gementarnya bagai didengari oleh sekeliling
resahnya jelas terlihat diwajah dan mata ini
bagai memberi tahu rahsia apa yang ditakuti oleh hati

Duhai jiwa pembelai rasa yang terpisah
jangan terlalu menunjuk rasa gelisah
kerana belum tahu apa macam cara dan keadaannya
kehadapan esoknya terima sahajalah
itu mungkin yang terbaik buat diri seorang hamba...


Hari ku esok penuh tanda tanya, aku akan melaksanakan tanggujawab sebagai seorang mahasiswa. 
Ya Allah, walau dulunya bukan kemahuan aku dengan sepenuh hati untuk ikut serta, tapi aku tahu apa yang aku jalani kini adalah kehendak dan takdir yang terbaik yang telah Kau tetapkan pada hambaMu ini. Jika ini adalah yang terbaik buat ku, permudahkanlah sagala caraku untuk melaksanakan program ini demi mereka yang mengharapkan diriku yang sebenarnya tiada apa ini... 

Batu Pahat, Johor... segalanya akan bermula di sana :)
Ya Allah, permudahkanlah segalanya buat hamba.

4 comments:

khir said...

Salam Monee...wah dah sampai di tempat saya...buat apa di BP? Welcome jangan lupa makan nasi baryani BP...

si_mone said...

Saya ada program kat sni sbulan..program anak angkat... Owh,tempat cikgu ya! Wah.. J0m pekena mutabak singapo kt muar,org kata sdp cikgu :)

khir said...

Jauh Muar tu ngan BP...hang pegi dulu...kat BP pun ada murtabak tu...ajak je mak angkat pergi...bye

si_mone said...

Masih belum berkesempatan cikgu...