Beriku Kekuatan Untuk Tempuh Dugaan Yang Mencabar


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Aku mencari petunjuk buat diri
yang selama ini menjadi haluan perjalanan ini

Terasa hilang kerana kealpaan diri
yang telah membuatkan aku terasa sepi dan sunyi

Aku lalui perjalanan tanpa restu Ilahi
yang membuatkan aku rasa bersalah dan tidak tenang bagi menyelinap setiap inci jalan takdir buat diri

Terasa letih bila sendiri
Terasa mahu menangis melepaskan segala rasa ini
namun aku sedar ia tidak mamberi kebaikan buat diri
sebaliknya memberi kesan yang akan memudaratkan rasa hati dan fikiran ini...

Aku rasa berat
berat dengan apa yang aku tanggung dan rasai saat ini
walaupun aku sedar aku akan rasai nikmatnya tamat semua ini
namun saat ini aku perlukan kekuatan bagi tamatkan segala urusan dan kesudahan ceritera ini.

Berilah ketenangan buat hati ini
agar ikhlas dalam melaksanakan takdir yang tertulis.

Hindarkan diri dari rasa disakiti
Hindarkan diri dari rasa menyakiti...

semoga segalanya dipermudahkan buat diri yang hina ini
semoga segalanya selamat seperti yang diharapkan insan-insan sekeliling....

Rabbi yassir wala tu'assir , Rabbi tham-min bil hairi...

Aamiin...


2 comments:

Anonymous said...

hidup ni mmg penuh cabaran~ moga Allah SWT kuatkan hati hamba2nya... =D

si_mone said...

Aamiin...Aamiin...Aamiin... insyaAllah... :)