"BBK 3408 Kesusasteraan dalam Multimedia"


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

 saya belajar di Universiti Putra Malaysia, apa yang saya rasakan  kelas BBK3408 Kesusasteraan Dalam Multimedia di bawah bimbingan Prof Madya Dr Arbaie Sujud, ini adalah kelas yang terbaik atau yang paling best yang pernah saya masuk !

Kelas yang santai dan banyak ilmu yang saya minat saya peroleh dalam kelas nie. Minat yang mendalam tentang multimedia telah banyak membuka mata saya untuk lebih bergerak kreatif  masuk kelas BBK 3408 Kesusasteraan dalam Multimedia ini.

Tidak lupa diucapkan jutaan terima kasih buat pensyarah
 Prof Madya Dr Arbaie Sujud,
yang banyak memberi peluang kepada kami semua untuk menyiapkan tugasan yang diberi, tanpa jemu memberi kami ilmu tentang dunia multimedia ini walaupun kami semua merupakan pelajar bidang kesusasteraan melayu.
Tugasan yang diberi memang mencabar,  sangat mengajar kami semua bagaimana mahu menjadikan satu karya tradisional menjadi moden dan menarik tanpa membuang nilai yang ada.
terima kasih Dr, kerana membuka mata dan permikiran kami semua.

seterusnya buat kakak-kakak yang comel dan the best,iaitu...


Kakak Intan Zahariah dan Kak wany Ariffin,
terima kasih yang tidak terhingga kerana sentiasa melayan kerenah dan telatah  semua yang kadang-kala sangat memeningkan kepala, hehee
terima kasih kak intan dan kak wany sebab selalu beri peluangkepada kami semua hantar lambat tugas-tugas yang diberi.
tanpa jemuonion MSN smileys ajar kami seorang demi seorang nak buat Poster, Laman Web, Blog, dan yang paling best, slide ala-ala grafik tanpa jemu dulu yang merupakan tugasan pertama kami dulu.
Memang saya sangat-sangat menghargai  saja yang telah akak berdua ajarkan sebab saya sangat memerlukan benda-benda tu untuk edit gambar menjadi lebih cantik,onion MSN smilies
terima kasih ya !

Buat teman-teman (senior-senior ku)
thanks... sebab korang semua memang the best and terbaik !
kelas lab 2 terutamanya sentiasa happy dan gempak dengan adanya kamu semua.
Gelak tawa dan telatah semua tak mungkin dilupakan. Saya akui saya tak pernah jumpa budak-budak kelas yang macam korang semua, yang sentiasa buatkan sesiapa sahaja ketawa dan tersenyum tanpa henti.
Yang terakhir, thanks juga buat kak alia,  kamu yang mengajak aku kelas sekali dengan kamu. tanpa penerangan kamu,mungkin aku tak akan rasai kelas yang happy macam kelas BBK 3408 Kesusasteraan dalam Multimedia nie.
Yang paling bermakna, bila senior sentiasa memberi kata-kata semangat buat aku. Seorang diri memberanikan diri ikut masuk bersama bukan orang yang sama dengan aku memang sangat terasa lainnya, namun kamu semua yang gila bersahaja buatkan aku terasa begitu selesa dan bahagia
Terakhir kali,
 
TERIMA KASIH...

2 comments:

Wany Arifin said...

Sama2.. Seronok sebenarnya punya adik2 yang bermacam2 kerenah.. Baru la meriah suasana pembelajaran..

si_mone said...

hehehe..terimakasih akak..tak akan lupa kelas nie sampai bila2..mesti dah xada punya kelas macam nie lagi nanti..:(