Belajar dan Belajar

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Bila jiwa muda
semua ingin dicuba
madu lebah baginya enak sahaja
tidak difikir akan bisa yang mampu mengubah segala sekelip mata

Biarkan sahaja mereka menerpa?
biar mereka rasa sakitnya selepas mencuba
biar mereka tahu hakikat sebenar kehidupan yang mereka terpa
sampai satu saat menjadi tauladan buat cucu cicik yang harus sama seperti mereka.

Ya kehidupan ini berputar
jika sakit aku berikan sakit juga aku dapatkan nanti
Tuhan itu Maha adil dan sangat saksama
jika aku menyakitkan mereka,
satu saat nanti tidak aku 
mereka yang aku kasihi akan rasa

Jika aku tulus pada orang disekelilingku
Tuhan akan beri aku ganjaran yang tidak akan ku sangka
Jika aku berdengki dengan saudara sekelilingku
ya pasti satu saat Tuhan akan beri aku pengajaran
yang membuka mata kepalaku...

Kehidupan... Oh kehidupan...
aku harus belajar dari setiap sudut kenyataan 
agar tidak aku lupa pada penimbang keadilan.

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya.

2 comments:

hanimyusra said...

Allah lebih tahu apa yang terbaik..
Jagalah hubungan sesama manusia..
Jangan lupa hubungan dengan yang esa...
pesanan yang lebih terarah kepada diri sendiri

si_mone said...

iyaa.. tepat sekali...
perhubungan sesama manusia jika baik itu..insyaAllah pasti baik buat Pencipta juga :)